December 7, 2008

TAHNIAH BUAT 6IXTH SENSE!

Kami dari management team ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 6IXTH SENSE kerana berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik TV3 2008. Walaupun tidak dapat menempatkan diri ke final, kami tetap berbangga dengan pencapaian selama 2tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Harapan kami agar peminat sentiasa menyokong 6IXTH SENSE6IXTH SENSE untuk terus maju dalam industri ini.

Kepada peminat yang hadir ke Sri Pentas TV3 pada Jumaat lepas, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan. Sokongan padu anda sangat kami hargai. Teruskan menyokong 6IXTH SENSE!

December 2, 2008

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA 6IXTH SENSE FANS!!

Pihak kami ingin memohon maaf kerana laman web rasmi masih dalam proses. Harap semua peminat dapat bersabar.

Jangan lupa saksikan bersama-sama kumpulan kesayangan anda 6IXTH SENSE berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik TV3 2008 dalam kategori balada untuk merebut tempat ke final. Pastikan anda hadir ke Sri Pentas TV3, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada hari Jumaat jam 9.00 malam. Bawa rakan-rakan dan keluarga anda untuk memberi semangat kepada 6IXTH SENSE.

Jumpa anda disana!!