February 8, 2009

PELANTIKAN AHLI JAWANTANKUASA UNTUK 6IXTH SENSE FC


Tahniah kepada kelima-lima peserta yang telah berjaya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa 6ixth Sense FC


Kami harap agar dapat bekerjasama untuk menguruskan Fan Club 6ixth Sense ini.
Insya Allah, kami akan membuat yang terbaik untuk peminat-peminat 6ixth Sense.
Teruskan melungsuri blog 6ixth Sense ini dan nantikan perkembangan terbaru daripada 6ixth Sense.

Sekian terima kasih.

January 22, 2009

PENCARIAN AHLI JAWATANKUASA UNTUK 6IXTHSENSE FC

Anda die-hard fan 6IXTHSENSE?
Anda seorang yang kreatif?
Anda berperwatakan ceria?
Mempunyai pengalaman dalam pengurusan fan club?
Tahu tentang web designing dan blogging?

Anda lah yang kami cari!

Management team sedang mencari peminat-peminat 6IXTHSENSE yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga 6IXTHSENSE FC. Ahli-ahli diperlukan bagi sama-sama menguruskan fan club.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli jawatankuasa, sila hantarkan resume
anda kepada deriaku@gmail.com. Penyertaan akan dibuka sehingga 15 Februari 2009. Yang terpilih akan diberitahu melalui email. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi FC Manager, Zara di talian 016-8034658 atau YM zara_aleya.
TANGKIS UNTUK PALESTIN

Buat peminat-peminat 6ixth Sense, jom beramai-ramai menyaksikan mereka beraksi dalam
“Tangkis Untuk Palestin” iaitu Perlawanan Persahabatan badminton antara KBMM lawan Rock United di Dewan Komuniti Damansara Height anjuran KBMM pada 24 Januari 20094 petang hingga 12 malam. Perlawanan amal ini bertujuan mengutip derma untuk rakyat Palestin di Gaza melalui Mercy Malaysia.

December 7, 2008

TAHNIAH BUAT 6IXTH SENSE!

Kami dari management team ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 6IXTH SENSE kerana berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik TV3 2008. Walaupun tidak dapat menempatkan diri ke final, kami tetap berbangga dengan pencapaian selama 2tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Harapan kami agar peminat sentiasa menyokong 6IXTH SENSE6IXTH SENSE untuk terus maju dalam industri ini.

Kepada peminat yang hadir ke Sri Pentas TV3 pada Jumaat lepas, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan. Sokongan padu anda sangat kami hargai. Teruskan menyokong 6IXTH SENSE!

December 2, 2008

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA 6IXTH SENSE FANS!!

Pihak kami ingin memohon maaf kerana laman web rasmi masih dalam proses. Harap semua peminat dapat bersabar.

Jangan lupa saksikan bersama-sama kumpulan kesayangan anda 6IXTH SENSE berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik TV3 2008 dalam kategori balada untuk merebut tempat ke final. Pastikan anda hadir ke Sri Pentas TV3, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada hari Jumaat jam 9.00 malam. Bawa rakan-rakan dan keluarga anda untuk memberi semangat kepada 6IXTH SENSE.

Jumpa anda disana!!

November 27, 2008

Tanpa

TANPA, lagu yang telah menjadi siulan remaja masa kini telah tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik TV3 dalam kategori Balada. Terima kasih kepada “Die Hard Fans” 6IXTH SENSE yang telah mengundi tanpa henti dan menyokong mereka selama ini. Pastikan anda datang beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk mendapatkan tiket percuma bagi menyokong band kesayangan anda ini. Saksikan rancangan tersebut pada hari Ahad, 5 December 2008 pada pukul 9 malam.